Tentu anda pernah dengar perkataan ini iaitu warm up dengan stretching, bukan? 2 terma ini menjadi kekeliruan ramai orang. Apakah sebenarnya perbezaan 2 terma ini?
Warm Up
Pemanasan badan ataupun warm up bertujuan untuk memanaskan otot anda ataupun menambah kadar peredaran darah dalam otot bagi menyediakan mereka untuk melakukan aktiviti. Warm up dilakukan dengan membuat pergerakan ringan seperti senaman-senaman tanpa bebanan ataupun senaman yang ringan sedikit daripada bebanan yang patut anda gunakan. Kalau anda kena squat 100kg, warm up boleh dilakukan dengan 20kg dan 60kg.
Stretching
Terma ini membawa maksud meregangkan otot. Ia tidak sama dengan warm up kerana aktiviti meregang otot dengan memanaskan otot adalah berbeza. Regangan dilakukan dengan menahan sesuatu posisi dalam 1 tempoh. Syarat untuk melakukan stretching ialah anda perlu lakukan warm up dahulu. Sebab itu warm up dilakukan pada awal workout dan stretching di akhir workout.
Melakukan stretching tanpa memanaskan badan ibarat menarik getah yang dibekukan. Ia lebih mengundang kepada kecederaan.
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)