Harap-harap yang membaca entri ini bukan daripada kalangan kunyit, kerana Admin anti-kunyit! Takut-takut dorang nampak Admin tulis pasal punggung lelaki, terus klik nak baca dengan harapan ada gambar punggung lelaki. Moga golongan ini diberikan panduan dalam hidup.

Berbalik kepada topik asal, perempuan suka akan lelaki yang mempunyai punggung yang mantap. Mereka bukan sahaja suka dengan lelaki yang berkerjaya, berkaliber, boleh memegang komitmen, semua ciri-ciri yang ada dalam drama TV3, malah mereka sukakan lelaki yang tampil sihat, cergas, dan bergaya. Six pack abs bukanlah menjadi buruan utama lagi. Rata-rata mengatakan punggung lelaki turut mendapat perhatian wanita (amboi mata korang!).

Admin tak galakkan lelaki pakai seluar ketat-ketat sebab ia mendatangkan mudarat kepada kesihatan, terutamanya pada bahagian kelamin. Tetapi, kalau perasan, yang pakai ketat-ketat dan skinny biasanya yang kaki juga bersaiz kecil. Kalau yang ada punggung mantap, pasti kakinya juga mantap! Susah nak cari saiz, jadi mereka pakai seluar besar-besar juga. Cuma, bahagian punggung mungkin lebih jelas kelihatan secara semula jadi.

Apa-apa pun, Admin nak kongsikan latihan yang patut anda buat untuk membina physique lengkap sebegini!

1- Squat

Image result for squat

Ini adalah senaman paling asas untuk membina punggung. Fungsi punggung adalah hip extension. Dalam hal squat, ia adalah bahagian yang menolak dan menegakkan badan anda apabila anda berdiri. Nak aktifkan lebih otot punggung? Cuba buat deep squat atau front squat.

2- Hip Thrust

Image result for hip thrust

Biasanya, siapa yang buat senaman ini akan dipandang pelik dalam gym. Mana tidak, cara perlaksanaannya boleh timbulkan tanda tanya (macam humping). Tetapi, inilah senaman yang cukup power untuk menguatkan pinggul anda! Malah, nak kuat dalam gym dan dalam kualiti hidup seharian, anda kena buat senaman ini.

3- Donkey Kick

Image result for donkey kick exercise

Ini boleh dikira sebagai senaman yang digemari kebanyakan wanita. Siapa kata senaman kena ikut jantina? Yang berkesan untuk wanita akan berkesan juga untuk lelaki. Donkey kick, kelihatan mudah, tetapi akan buat punggung anda menjerit kepanasan. Berkemungkinan besar akan rasa sakit yang amat keesokan harinya!

4- Hip Extension

Image result for hip extension

Tak banyak gym ada mesin ini. Jika anda ada mesin tersebut, maka gunakan. Jika tidak, anda boleh guna resistance band untuk mensimulasi bebanan seperti menggunakan mesin. Daripada namanya sahaja, ia menunjukkan pergerakan utama otot punggung iaitu hip extension (menolak peha ke belakang).

5- Bridging

Image result for hip extension

Senaman yang paling popular dalam dunia fisio. Kerap digunakan untuk pesakit yang ada masalah lutut, belakang, dan postur yang lemah. Senaman ini digunakan untuk menguatkan otot punggung. Anda boleh ubah suai untuk menjadikannya susah. Salah satu caranya adalah dengan menolak dengan sebelah kaki sahaja, yang lagi sebelah diluruskan ke hadapan (boleh Google “bridging” untuk maklumat lebih lanjut).

Entri: Aiman Radzi (@TheTherabeast)