Sesibuk mana pun adna dengan urusan hidup, tak mungkin anda tak boleh luangkan sedikit masa untuk kesihatan diri anda? Tahu atau tidak, kebanyakan penyakit berpunca daripada badan yang tidak aktif. Tambahan lagi, stress yang terkumpul seharian menyebabkan fungsi badan tidak stabil.

Anda bersenam di gym bukan sekadar untuk buat badan supaya kelihatan lebih segak. Anda bersenam untuk kesihatan dan fungsi badan. Jangan tengok atlit bina badan, mereka memang duduk di gmt berjam-jam sebab itulah kerja mereka. Anda yang kerja lain tak perlu sampai begitu sekali. Cukup dengan pergi ke gym 3 kali seminggu.

Dalam 3 kali tersebut, bukanlah anda main hentam keromo sahaja. Kalau nak main-main atau pergi gym sekadar nak cukupkan syarat, itu hanyalah merugikan masa, tenaga, dan wang anda. Kalau dah tahu kurang senaman, maka pastikan program latihan anda berkesan. Buat benda yang berbaloi di gym, dan ini memerlukan khidmat jurulatih bertauliah. Jika anda hendak gerak seorang, kemungkinan besar anda akan gagal.

Tujuan jurulatih adalah untuk mengajar anda asas supaya apabila sesi latihan bersama jurulatih sudah habis, anda boleh bergerak sendiri. Tidak rugi pun melantik jurulatih, daripada anda habiskan lagi duit buat benda tak berfaedah dalam gym. Lagi menyedihkan, anda lebih rela habiskan wang pada membeli-belah benda yang anda tak perlu, makan makanan tidak menyihatkan, pergi ke tempat yang melekakan, dan lain-lain lagi. Tidak mengapalah, itu duit anda, bukan duit Admin.

Kenapa 3 kali seminggu? Latihan bebanan dan rintangan, jika dilakukan pada intensiti yang betul, akan meningkatkan metabolisme anda selama 72 jam. Jika anda pergi ke gym selang sehari, maka anda boleh pastikan metabolisme anda meningkat sepanjang minggu.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)