Pergi Gym Tanpa Rehat Pun Tidak Bagus

Bersenam adalah aktiviti yang menyehatkan. Ia memastikan badan anda kekal aktif. Kalau anda kurang bersenam, badan anda akan jadi lemah, otot anda mengecil, tulang anda tidak kuat, dan macam-macam lagi. Tetapi, bagaimanakah pula kalau terlebih bersenam?

 

Ya, memang ada kes orang terlebih bersenam dan ia mendatangkan beberapa kesan negatif. Mungkin anda tak rasa hari ini, mungkin kesannya datang bertahun-tahun kemudian.

 

Admin baru dapat perkongsian daripada salah seorang pembaca, selalu workout 3-4 jam setiap hari tanpa henti. Ceritanya, beliau sudah berkahwin tetapi tidak mempunyai anak. Doktor menyatakan yang beliau mempunyai kualiti sperma yang sedikit. Doktor menasihatkannya supaya berehat daripada workout seketika.

 

Dalam tempoh beberapa bulan beliau berhenti workout, Alhamdulillah, doktor mengesahkan yang isteri beliau mengandungkan anak sulung mereka. Tahap kualiti sperma beliau juga meningkat.

 

Pergi ke gym setiap hari tanpa rehat meningkatkan tekanan pada badan. Stress turut mengundang kepada kenaikan hormon estrogen, iaitu hormon yang sangat berlawanan dengan hormon lelaki (testosterone).

 

Latihan haruslah dilakukan secara berilmu. Penyusunan ansur maju dan variasi senaman juga penting. Oleh itu, Anda perlu dapatkan khidmat jurulatih bertauliah untuk membantu anda menyusun program yang sesuai dengan diri anda sendiri.

 

Tahukah anda, anda boleh bantu rangsang rembesan hormon testosteron semulajadi dengan pengambilan Stanabol X!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook