Adakah betul anda tak boleh pergi ke gym setiap hari? Dan, betulkah anda tak boleh berlatih di gym melebihi sejam? Kalai lebih, apa jadi?
Mengikut pendapat ramai, pendapat sebegini muncul kerana mereka nak mencegah overtraining. Ya, benar. Berlatih setiap hari berjam-jam boleh membawa kepada overtraining. Tetapi, sedar atau tidak, ramai daripada kita yang undertraining, sebenarnya. Rangsangan mereka beri pada otot mereka tidak mencukupi.
Mana tidak, main di gym 2-3 gam, tetapi banyaknya bersembang atau main telefon sahaja. Itu satu, ada juga yang membuat senaman yang kurang penting untuk matlamat mereka. Bayangkan begini, mereka menghabiskan masa banyak melakukan berset-set untuk senaman biceps, sedangkan mereka boleh dapatkan kesan yang lebih baik dalam 3-5 set barbell row yang berat.
Main berat memang berbeza dengan main ringan. Ia ibarat mempercepatkan destinasi anda untuk mencapai intensiti latihan anda. Ia juga mempercepatkan anda untuk memenuhi isipadu latihan. Sebagai contoh, kalau anda angkat 10kg untuk 10 rep sebanyak 4 set, ia membawa jumlah 400kg. Kalau anda buat 40kg untuk 6 rep sebanyak 5 set, anda telah melakukan kerja sebanyak 1200kg. Nah, lihat sendiri berapa jauh isipadu latihan anda boleh buat? Jika nak dapatkan isipadu sama dengan bebanan ringan 10kg, anda krna buat sampai 12 set!
Oleh itu, isu pergi ke gym setiap hari, berlatih berjam-jam tidak semestinya membawa kepada overtraining. Selagi badan anda mendapat recovery yang mencukupi, maka teruskan.
Gunakan whey daripada Superior14 kerana kualitinya yang sangat baik untuk bina otot!
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)