Perkara Pertama Anda Perlu Lakukan Jika Nak Shredded

Benda PERTAMA yang anda perlu lakukan semasa hendak menjadi SHREDDED adalah mengawal KARBOHIDRAT anda! Kenapa dengan karbohidrat? Ia merupakan sumber tenaga utama untuk badan anda.

 

Dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat, anda boleh turun berat dengan cepat. Seminggu 2-3kg adalah tidak mustahil. Tetapi, jangan pula turunkan secara mendadak dan drastik. Kita tak mahu anda terturun sekali berat otot.

 

 

Ketahui, permulaan tersebut adalah penurunan berat air. Pembakaran lemak akan menyusul nanti. Memang mudah bagi yang berat terlebih untuk turunkan berat dengan banyak pada permulaan. Tengok orang obesiti, nak turun mula-mula memang senang berkilo-kilo, tetapi bila dah kurus sedikit makin susah jadinya.

 

Betul, lemak dan minyak perlu dijaga juga, tetapi karbohidrat tetap menjadi prioriti yang perlu dikurangkan dalam proses shredding! Lemak dan minyak akan menjadi masalah jika anda memang tak kawal langsung. 1g lemak bersamaan 9kcal, manakala 1g karbohidrat bernilai 4kcal. Lemak perlu dijaga, bukanlah tak boleh ambil langsung.

 

Tetapi, kurangkan terlalu banyak, anda akan mengalami kesusahan untuk workout. Terlebih ambil pula, ia akan merumitkan pembakaran lemak. Lemak sebenarnya terlibat dalam komponen sel di mana ia dijadikan sebagai pendinding kepada sel-sel kita. Bukan itu sahaja, lemak sangat penting dalam proses rembesan hormon bina badan.

 

Macam mana nak buat sekarang? Kurangkan karbohidrat sepanjang hari, tapi ambil karbo sebelum dan selepas latihan sahaja. Ini menjadikan badan anda guna karbohidrat tersebut secara efisyen. Anda juga tidak akan ambil karbohidrat secara melebih-lebih.

 

Berapa banyak kena ambil? Cuba ambil sehari karbohidrat mengikut berat badan anda. Kalau anda berat 80kg, ambil 80-100g sehari. Semangkuk nasi ada dalam 45-50g karbohidrat. Ubah ikut kesesuaian badan sendiri, jangan ikut orang lain.

 

Pecahkan kepada dua pengambilan, sebelum gym dan selepas. Lebihkan protein, mungkin dua kali ganda daripada berat badan. Kalau 80kg, ambil 160g protein. Terasa lapar? Lebihkan sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, dan protein seperti ayam, ikan, dan daging.

 

Penulis: Aiman Radzi (@TheTherabeast)

Komen Facebook