Benda PERTAMA yang anda perlu lakukan semasa hendak menjadi SHREDDED adalah mengawal KARBOHIDRAT anda!
Dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat, anda boleh turun berat dengan cepat. Seminggu 2-3kg adalah tidak mustahil.
Ketahui, permulaan tersebut adalah penurunan berat air. Pembakaran lemak akan menyusul nanti.
Betul, lemak dan minyak perlu dijaga juga, tetapi karbohidrat tetap menjadi prioriti yang perlu dikurangkan dalam proses shredding!
Tetapi, kurangkan terlalu banyak, anda akan mengalami kesusahan untuk workout. Terlebih ambil pula, ia akan merumitkan pembakaran lemak.
Macam mana nak buat sekarang?
Kurangkan karbohidrat sepanjang hari, tapi ambil karbo sebelum dan selepas latihan sahaja.
Berapa banyak kena ambil? Cuba ambil sehari karbohidrat mengikut berat badan anda. Kalau anda berat 80kg, ambil 80-100g sehari. Semangkuk nasi ada dalam 45-50g karbohidrat.
Pecahkan kepada dua pengambilan, sebelum gym dan selepas. Lebihkan protein, mungkin dua kali ganda daripada berat badan. Kalau 80kg, ambil 160g protein.
Terasa lapar? Lebihkan sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, dan protein seperti ayam, ikan, dan daging.
Penulis: Aiman Radzi (@TheTherabeast)