Admin nak kongsikan satu informasi. Pernah dengar atau tidak tentang detox? Ada yang mencipta menu minuman daripada buah-buahan dan herba tertentu untuk membantu menyingkirkan toksin dalam badan. Ada pula yang mencipta produk-produk tempelan pada bahagian badan tertentu untuk tujuan yang sama.

Sebenarnya, anda tak perlukan detox melainkan anda memang begelumang dengan toksin. Siapakah yang Admin maksudkan? Orang banyak minum alkohol, orang yang mandi dalam air sisa toksik, orang yang hidup bergelumang dengan penggunaan dadah terlarang, dan macam-macam lagi!

Kebanyakan orang, bukannya macam itu. Jadi, mereka tak perlukan resepi-resepi detox hebat ini. Ada yang kata, sebelum boleh mula kurus, elok buat detox macam itu. Tetapi, tahukan anda, badan anda setiap hari melakukan proses detox secara semula jadi, melalui organ-organ dalam badan anda. Hati, buah pinggang, paru-paru, dan macam-macam lagi organ melakukan proses detox dengan baik.

APA ADMIN NAK SAMPAIKAN?

Ramai fokus kepada perkara-perkara yang bukan prioriti. Dalam hal ini, mereka yang hendak kurus atau cutting selalu buat detox dahulu dan berharap mereka dapat turun berkilo-kilo. Benda yang lagi penting, iaitu belajar tentang cara pemakanan yang betul pula ditinggalkan. Sebab apa? Rasa susah nak buat yang itu, sedangkan benda itulah yang paling penting sekali dalam membina badan!

Admin cadangkan anda mula dengan mendapatkan protein yang cukup dalam sehari melalui pemakanan dan juga supplement sebagai bantuan. Jenama USN menyediakan protein yang terbaik di pasaran sekarang, dari segi rasa, kos, dan juga keberkesanannya.