Mass digunakan untuk mendapatkan bekalan kalori yang tinggi. Ramai menggunakannya untuk membantu proses kenaikan berat badan. Selalunya, mereka yang kurus akan gunakan mass.
Kemudinan, ada yang tanya, kalau guna mass masih kena workout atau tidak? Sebabnya, makan mass sahaja dah tinggi kalori, mesti boleh naik berat badan.
Bagus soalan ini. Kalau kita ikutkan asas, memang betul. Apabila kita mengambil lebih banyak kalori daripada keperluan badan, maka badan akan naik berat. Ini ialah asas thermodynamic.
Cuma, sesetengah orang tak jadi semudah begini. Badan mereka memerlukan stimulasi untuk mendapatkan hasil. Mesti anda pernah dengar dan lihat, mereka yang makan banyak tapi masih susah naik berat, kemudian mereka main gym dan badan mereka melambung naik.
Rangsangan ini ditujukan kepada kenaikan otot. Anda memberi stimulasi untuk otot anda menyimpan lebih tenaga dan memproses lebih protein untuk tumbesaran. Ini menyebabkan badan anda naik. Lagipun, mana lebih baik, naik lemak ataupun naik otot?
Secara amnya, apabila anda ambil mass, adalah lebih baik anda pergi buat latihan juga supaya badan anda mendapat stimulasi seharusnya.
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)