Bulan puasa semakin hampir, kurang sebulan lagi dari tarikh entri ini ditulis. Sudahkah anda bersedia untuk menempuh bulan yang penuh dengan keberkatan ini?

Ada yang bertanya, adakah kita perlu berhenti bersenam semasa di bulan Ramadhan, ataupun teruskan seperti biasa sahaja? Ia ialah soalan yang menarik dan jawapannya adalah subjektif.

Sebenarnya, ia bergantung pada anda. Adakah anda ingin terus bersenam, ataupun anda ingin berehat selama sebulan? Admin bagi beberapa buah fikiran untuk hadam, anda akan cari sendiri jawapan terbaik untuk anda.

Bagi yang ingin sambung bersenam, Admin tak galakkan anda bersenam di waktu pagi dan tengah hari. Kita khuatir yang anda akan kehilangan banyak air sehingga menyebabkan dehidrasi. Masa berpuasa mana boleh minum? Jika anda ingin terus bersenam, cuba lakukannya 1 jam sebelum berbuka ataupun selepas terawih.

Bagi yang nak bercuti daripada bersenam pula tidak salah kerana anda sudah bersenam lama. Sepanjang tahun anda bersenam, tak mungkin nak cuti sebulan pun tak boleh? Jangan risau tentang otot dan tahap kecergasan anda, 1 bulan cuti tak mendatangkan kesan yang begitu drastik jika anda sudah berlatih dengan konsisten dan lama.

Untuk yang bersenam, Admin juga galakkan anda amalkan latihan berintensiti tinggi yang dilakukan dengan isipadu rendah seperti latihan 5×5 sebanyak 3 kali sahaja dalam 1 minggu. Ini membenarkan masa untuk anda tetap pergi ke gym dan juga beribadah di bulan puasa dengan tenang kerana ada masa rehat daripada gym.

Latihan yang anda lakukan juga haruslah berkonsepkan untuk mengekalkan jisim otot. Maksudnya, anda haruslah menggunakan bebanan berat tetapi dia kurangkan jumlah rep. Program 5×5 adalah antara yang mudah difahami.

Untuk suplemen pula, apa kata anda gunakan whey protein yang di ambil 1 scoop pagi semasa sahur dan 1 scoop lagi semasa berbuka atau selepas workout. Jenama pilihan Admin semestinya USN.