Perlukah Main High Reps Waktu Cutting

Aiman Radzi - Perlukah Main High Reps Waktu Cutting

Ada soalan yang telah diajukan kepada admin, iaitu adakah kita perlu bermain dengan bebanan ringan dan melakukan banyak rep (high reps) semasa kita hendak cutting?

 

Jawapannya sebenarnya adalah, TIDAK SEMESTINYA. Kenapa anda sebenarnya tidak perlu buat banyak rep dengan bebanan ringan semasa cutting? Kalau tidak buat begitu, macam mana lagi nak cutting?

 

Sebenarnya, tak ada perbezaan ketara dalam latihan untuk bulking dan cutting. Yang membezakannya adalah pemakanan di mana anda akan makan lebih banyak kalori semasa bulking.

 

Kenapa anda digalakkan untuk terus main secara heavy semasa fasa cutting?

  1. Ia akan bakar lebih banyak kalori.
  2. Merangsang pengekalan otot.
  3. Merembes lebih banyak hormon testosteron.
  4. Membakar lebih banyak lemak.

 

Walaupun begitu, ia tidak bermakna anda tidak perlu main high reps. Main secara high reps akan tingkatkan metabolisme dengan baik, lagi-lagi kalau anda buat superset dan dropset. Utamakan main heavy dahulu, kemudian baru main ringan high reps.

Komen Facebook