Cutting ialah masa untuk menurunkan berat badan melalui pembakaran lemak. Tujuannya adalah untuk menampakkan definisi otot dengan lebih jelas. Ada yang gunakannya untuk musim pertandingan, dan ada yang cutting untuk diri sendiri.
Ada yang memberi nasihat supaya main berat semasa bulking dan main ringan semasa cutting. Kenapa kena main dengan kalau nak cutting?
Sebenarnya, anda tak perlu main ringan pun untuk cutting. Berat bebanan bukanlah komponen utama untuk menurunkan berat badan dan membakar lemak. Benda pertama yang anda kena utamakan ialah pemakanan. Jika ini tidak terjaga, buat rep banyak macam mana pun tak akan jadi.
Untuk cutting, sepatutnya anda kekalkan dengan bebanan yang sederhana ataupun berat kerana ia akan memberikan stimulasi untuk mengekalkan jisim otot. Sebagaimana anda berlatih semasa bulking, lebih kurang itu jugalah anda lakukan semasa fasa cutting.
Mungkin apa yang anda boleh lakukan ialah gunakan bebanan yang sederhana berat tetapi kurangkan masa rehat antara set. Ini akan meningkatkan intensiti latihan tanpa perlu menggunakan bebanan yang begitu berat. Jantung anda akan berdegup laju dan ini adalah sasaran kita.
Pucuk pangkalnya, anda tak perlu main ringan untuk cutting. Sebaliknya, fokus pada penggunaan sederhana berat ataupun berat. Berikan stimulasi secukupnya untuk badan anda kekal dan jisim yang anda telah bina.
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)