Perlukah Makan Ayam Bakar Selalu Untuk Bina Otot

Ramai yang bertanya cara masakan untuk proses bina badan. Sebabnya, ramai kata bina badan tak boleh makan yang berminyak, sekaligus mengecualikan pemakanan bergoreng. Maksudnya apa? Anda tak boleh makan ayam goreng. Adakah ini benar?

Melainkan anda sedang menyiapkan badan untuk sebarang pertandingan, memang kalau boleh anda kena kurangkan makanan bergoreng tetapi bukanlah sampai tak boleh langsung. Tujuan nasihat seperti itu diberikan adalah untuk menjaga pengambilan minyak.

Minyak mengandungi kandungan lemak yang tinggi. Walaupun begitu, membina badan memerlukan lemak kerana ia adalah salah satu bahan dalam pemprosesan hormon testosteron. Banyak atau sikit, itu yang anda kena kawal. Kita mudah untuk terlebih minyak apabila memakan makanan bergoreng.

Sebab itu juga, ramai yang menggalakkan anda untuk makan makanan bakar, rebus, panggang, stim, dan lain-lain. Meskipun begitu, tiada masalah untuk anda makan makanan bergoreng selagi mana anda tahu mengawal kuantitinya.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Description produk dan syarikat

Size

Komen Facebook