Perut Semakin Buncit Semasa Bulking

Kawan Admin seorang mengadu oada Admin yang perutnya semakin buncit ketika sedang bulking. Apakah punca kepada buncit ini?

Terlebih Kalori

Selalunya, ini ialah punca paling utama di mana pengambilan kalori adalah terlebih. Jadi, badan akan menyimpan lebihan tersebut sebagai lemak. Kawal masalah ini melalui pengurangan kalori. Dalam hal rakan Admin, dia ambil 4 scoop mass. Admin suruh dia kurangkan jadi 3 scoop dahulu.

Otot Perut Menebal

Kawan Admin juga sedang berada dalam latihan kekuatan di mana beliau akan melakukan squat, deadlift, dan beberapa senaman berat hampir setiap hari. Tujuannya adalah untuk membina tapak bagi nenbina otot nanti. Latihan kekuatan melatih otot core kita. Ada satu otot dikenali sebagai tali pinggang semulajadi kita iaitu transverse abdominis. Otot ini berperanan besar dalam latihan kekuatan. Agak normal untuk lihat mereka yang kuat berperut besar. Bukannya buncit, tetapi ototnya terbina.

Normal

Ramai juga menyangka yang abang-abang sado di luar sana aentiasa berperut rata. Tahukah anda, ramai yang ada six-pack sekali pun, perut mereka nampak seperti buncit walaupun sebenarnya tidak? Ini kerana otot perut mereka dalam keadaan relax. Apabila mereka mengeraskan otot perut, lalu muncul lah six-pack dan perut rata. Lepaskan nafas, terkedepan juga. Sebab apa? Otot relax dan otot core terbina kukuh.

Jangan risau tentang buncit. Nak turunkan berat bukannya begitu susah. Fokus pada perjalanan jarak jauh.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook