Kalau anda nak masuk fasa bulking, apakah supplement yang patut anda ambil? Jom, Admin share sikit beberapa pilihan supplement yang bagus bagi mereka yang sedang mencuba untuk membina otot dan menambah berat badan!
PROTEIN
Ini adalah benda yang sangat penting dalam bina badan, iaitu protein. Semestinya, protein tidak bermaksud supplement sahaja, makanan pun penting! Tetapi, dalam hal ini, supplement protein sangat berguna untuk bina badan waktu bulking. Whey atau mass, kedua-duanya boleh pakai untuk bulking. Admin cadangkan anda mencuba Superior Mass ataupun Whey Core!
kegunaan protein adalah untuk memperbaiki sel-sel yang telah rosak semasa anda bersenam. Tanpa protein yang cukup, anda tidak membekalkan bahan pemulihan yang optimum. Sasarkan 2-3g protein per kg berat badan.
BCAA
Selepas protein, BCAA jatuh ke tangga yang kedua. Kenapa BCAA penting? Ia adalah komponen yang memainkan peranan terbesar dalam memperbaiki sel-sel otot selepas workout. Kalau anda tak cukup BCAA, semestinya proses bina badan anda menjadi lambat. BCAA turut terdapat dalam tepung protein. Cadangan Admin, cuba Superior 14 Essential BCAA.
Dalam protein yang ada ambil ataupun anda makan memang sudah ada amino asid dan BCAA. Kalau anda nak berjimat, anda boleh tambahkan sahaja jumlah skop yang anda ambil. Tujuan pengambilan BCAA adalah untuk fokus kepada tiga amino asid tersebut tanpa meningkatkan pengambilan kalori yang begitu tinggi.
CREATINE
Waktu bulking adalah waktu di mana anda cuba untuk membina kekuatan. Bolehkah anda lakukannya tanpa creatine? Sudah semestinya boleh! Creatine memudahkan lagi anda untuk jadi lebih kuat kerana tenaga anda bertambah dengan penggunaan supplement tersebut. Murah pun murah! Admin menggalakkan anda untuk ambil Creatine Monohydrate daripada Superior 14.
Kegunaan suplemen creatine adalah untuk memekatkan darah anda dengan bahan-bahan penting untuk pembekalan tenaga semasa workout. pretty membenarkan anda untuk mengangkat lebih banyak ulangan dan ini mendorong kepada peningkatan tekanan pada otot anda. Dengan kata lain, lebih banyak rangsangan hypertrophy.
BONUS: STANABOL X/TESTO TRIBULUS
Kalau anda nak cuba satu lagi supplement extra, Admin mencadangkan anda guna booster hormon testosteron semula jadi yang diperbuat daripada bahan semula jadi juga seperti tongkat ali, bunga tribulus terrestris, dan lain-lain. Anda akan rasa otot anda semakin keras dan semangat anda berkobar-kobar!
Anda tak perlu ambil dua-dua, cukup ambil salah satu sahaja. Saya rekemenkan anda guna Stanabol-x kerana hasilnya yang diyakini ramai. beza kedua-dua ini hanyalah pada isi kandungan sahaja.