Bagi yang baru mula membina badan, mereka sebenarnya tidak perlu risau tentang pengambilan suplemen kerana ia hanyalah satu benda yang bukan wajib untuk digunakan. Tetapi, jika anda memiliki bajet lebih dan ingin mencuba supplement, Admin senaraikan beberapa pilihan supplement yang terbaik untuk digunakan bagi orang yang baru mula!

 

1- Whey

Whey adalah pilihan nombor satu tidak kira anda baru mula ataupun sudah lama berlatih. Whey membekalkan anda dengan protein yang berkualiti tinggi untuk pembinaan otot. Bukan itu sahaja, protein juga amat penting bagi mereka yang nak kurus dan mengawal selera makan.

 

2- Mass

Sama seperti whey, cuma mass berkalori tinggi dan sesuai digunakan bagi mereka yang susah untuk naik berat badan ataupun susah untuk makan banyak. Pastikan anda guna mesin berkualiti tinggi dan bukan diisi dengan gula kosong sahaja. Contoh mass yang terbaik ialah daripada jenama Superior14!

 

3- BCAA

BCAA ialah sebahagian daripada protein dan ia didapati dalam sumber protein yang anda makan. Ramai yang keliru dengan BCAA kerana ia sudah didapati di dalam whey. Jadi, kenapa perlu mengambilnya lagi? Pengambilan BCAA yang tinggi sangat bagus untuk proses pemulihan otot dan juga mengelakkan daripada jisim otot terurai akibat terlebih berlatih ataupun kekurangan rehat.

 

4- Creatine

Creatine pula ialah suplemen yang akan membantu anda untuk menjadi lebih bertenaga di dalam jin dan sangat bagus digunakan bagi mereka yang ingin menjadi lebih kuat. Menarik lagi, anda boleh gunakan supplement ini tidak kira sama ada dalam fasa bulking ataupun cutting. Ambil 5g sahaja setiap hari.

 

5- Testosterone Booster

Nak dapatkan lebih lagi kesan bina badan daripada latihan anda? Gunakan testosterone booster seperti Stanabol-X daripada jenama Superior14 ni akan bantu untuk meningkatkan rembesan hormon testosteron anda secara semulajadi!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)