Posing Bina Badan Di Depan Cermin

Sebenarnya, perlakuan suka posing di depan cermin adalah bagus untuk bina badan dan bukannya untuk menunjuk-nunjuk. Tetapi, ada caranya untuk menjadikan tabiat ini bagus.

Kalau anda pernah tengok cerita Pumping Iron (dokumentari bina badan), Arnold Schwarzenegger menyatakan dia akan posing di depan cermin setiap set senaman. Mengapa? Posing dan menahan dalam keadaan posing tersebut akan meningkatkan peredaran darah dalam otot yang dilatih. Selain itu, ia juga melatih ketahanan otot tersebut untuk menguncup.

Ada beberapa posing asas yang patut anda amalkan, seperti:

  • Front double biceps
  • Front lat spread
  • Side chest
  • Side triceps
  • Most muscular

Ini adalah posing asas yang anda kena pelajari. Setiap posing memberi fokus pada beberapa bahagian otot. Jadi, semasa berlatih otot-otot tersebut, lakukan posing yang berkenaan dengan senaman tersebut dan tahan posing itu selama 20-40 saat. Jika dilakukan dengan betul, otot anda akan bertambah kesan pamnya.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook