Jika anda tinggal lebih kurang sebulan lagi untuk sampai ke tarikh pertandingan sama ada pertandingan bina badan atau badan cantik, sepatutnya badan anda memang sudah tiptop. Inilah yang menjadikan anda champion.
Persediaan awal amatlah penting untuk masuk ke pertandingan. Persediaan anda sepatutnya bermula sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum pertandingan. Jika anda masuk ke pertandingan dalam keadaan badan masih sebu, ucapkan selamat tinggal kepada pingat juara.
Tetapi, kadang-kadang ada masalah yang melanda dalam hidup menyebabkan kita terlari daripada jadual kita. Contohnya, lagi sebulan nak masuk ke pertandingan tetapi badan anda masih belum cukup kering. Apa yang anda boleh buat?
Kardio 2 Kali Sehari
Misi sekarang adalah untuk membakar sebanyak lemak yang boleh supaya badan menjadi sekering-keringnya. Untuk memastikan anda dapat capai mesti tersebut, lakukan kardio dua kali sehari. Sekali di waktu pagi dan sekali di waktu petang.
Angkat Beban Setiap Hari
Dengan kata lain, pergi ke gym setiap hari. Angkat bebanan setiap hari bukanlah bermaksud angkat berat selalu. Kalau badan tak cukup rehat pun susah juga. Jadi, amalkan teknik active rest.
Jangan Ada Cheat Day
Anda ada masa lebih kurang sebulan sahaja lagi untuk sampai ke tarikh. Badan masih belum siap lagi, lemak masih tinggi, air masih banyak. Seriuslah anda masih nak cheat day lagi sekarang?
Rendahkan Karbo
Bukan saja anda kena rendahkan karbohidrat, anda juga kena kurangkan lemak. Dapatkan porsi karbohidrat anda selepas anda workout sahaja. Waktu lain hanya makan protein dan sayur-sayuran.
Water Loading
Untuk minggu terakhir, buat teknik water loading. Yang ini anda patut dapatkan bantuan ataupun tips daripada otai-otai yang selalu turut serta dalam pertandingan bina badan. Badan anda akan jadi kering lepas teknik water loading.