Prioriti Pertama Bagi Hardgainer

Hardgainer bermaksud mereka yang susah untuk naikkan berat badan. Ikut pengalaman mereka (dan diri sendiri), tidak kira makan sebanyak mana, berat memang susah untuk naik. Bagi yang dah naik naik, lagi cepat turun daripada naik. Dalam hal ini, ada satu benda anda kena jadikan prioriti.

 

Perkara tersebut ialah menjadi lebih kuat dalam latihan anda! Tidak kira latihan gym ataupun di luar gym. Apa sahaja anda buat, sasaran anda ialah untuk menjadi lebih hebat dalam sukan dan senaman anda.

 

Sebagai contoh, kalau anda main gym, fokus untuk angkat lebih berat dari semasa ke semasa. Jika anda main bar, fokus untuk buat lebih banyak rep dengan apa sahaja senaman anda buat. Jika anda selalu mendaki bukit, fokus untuk daki dengan lebih cepat.

 

Ini akan memberikan adaptasi baru kepada badan anda. Adaptasi memaksa badan anda untuk membesar. Oleh itu, paksa mereka (otot-otot anda dengan memaksa diri diri  menjadi lebih kuat).

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook