Superiormass 2lbs

RM50.00

Clear
SKU: N/A Categories: ,

Anda ingin mencuba Superiormass tapi tak mahu beli pek yang besar lagi? Kami perkenalkan balang percubaan 1kg bagi Superiormass!

Dengan adanya balang percubaan begini, anda boleh mencuba setiap perisa yang ada untuk pastikan ia menepati citarasa anda. Setiap balang boleh bertahan selama 4-6 hari (jika diambil 2-4 scoops sehari) sahaja.

Perisa yang kami sediakan: Milk chocolate, vanilla, dan cookies and cream.

Superiormass mengandungi 80g protein yang terdiri daripada pelbagai tahap kemampuan untuk serapan ke dalam badan kita (laju, sederhana, dan perlahan). Ia mempunyai campuran whey protein concentrate, hydrolyzed whey protein, calcium caseinate, soy dan whey isolate protein, serta milk protein concentrate. Campuran ini menjadikan Superiormass sejenis protein yang akan menjamin penyerapan protein untuk jangka masa panjang.

Dengan kandungan kalori yang tinggi (mencecah 1000kcal), Superiormass sangat membantu untuk pembesaran jisim badan dan tahap kekuatan dengan kenaikan lemak yang minimum. Karbohidrat di dalam Superiormass terdiri daripada karbohidrat yang mempunyai indeks glisemik yang rendah. Dengan kata lain, ia membekalkan tenaga berpanjangan untuk latihan anda!

Campuran BCAA yang tinggi (4.3g) turut membantu untuk mengurangkan kadar pemecahan protein (otot) dalam badan kita. Ditambah pula lagi dengan campuran untuk pemulihan (recovery); glutamine, glutamic acid, dan arginine bagi membantu mengisi semula kandungan glikogen dalam badan serta meningkatkan kadar pemulihan otot semasa dan selepas latihan.

Superiormass juga mengandungi rumusan-rumusan yang akan membantu dalam menstabilkan rembesan hormon testosteron iaitu hormon yang paling penting dalam pembinaan otot. Inilah mass yang terbaik untuk masa kini!

CARA GUNA:

Bancuh 1 skop Superiormass bersama 300-450ml air sejuk atau susu. Anda boleh campurkan dengan ais. Minum 4 kali sehari selepas latihan dan selepas makan untuk hasil yang terbaik.

NOTA:

Produk ini hanyalah digunakan sebagai pelengkap diet dan bukan untuk tujuan menggantikan perubatan medical. Skop turut disertakan, tetapi mungkin berada di paras bawah.

JAUHKAN DARI KANAK-KANAK. SIMPAN DI TEMPAT KERING DAN BERSUHU BILIK. BUANG SEKIRANYA SAMPAI TARIKH LUPUT.

INFORMASI ALERGEN:

MENGANDUNGI SUSU DAN SOYA (LECITHIN. Dikilangkan di kilang yang turut memproses susu, soya, telur, dan kekacang.

Komen Facebook
Weight 1.2 kg
Flavor

Cookies & Cream, Milk Chocolate, Strawberry, Vanilla

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Superiormass 2lbs”