Tesla Mass Super Charger 8KG

RM270.00

Clear
SKU: N/A Categories: ,

Tesla Mass Supercharger merupakan pesaing dalam dunia mass gainer di Malaysia! Dengan jumlah protein yang tinggi setiap serving (42g dalam 1 hidangan) berserta formulasi herba semula jadi sebagai peningkat jisim otot, Tesla Mass Supercharger adalah pilihan terbaik bagi mereka yang mengalami masalah kesukaran untuk menaikkan berat badan.

Di dalam Tesla Mass Supercharger juga terdapat campuran pelbagai jenis protein yang terdiri daripada pelbagai tahap kemampuan untuk serapan ke dalam badan kita (laju, sederhana, dan perlahan). Ia mempunyai campuran whey protein concentrate, hydrolyzed whey protein, calcium caseinate, soy dan whey isolate protein, serta milk protein concentrate. Campuran ini menjadikan Tesla Mass Supercharger sejenis protein yang akan menjamin penyerapan protein untuk jangka masa panjang.

Dengan kandungan kalori yang tinggi (mencecah 1200kcal untuk 2 hidangan sehari), ia sangat membantu untuk pembesaran jisim badan dan tahap kekuatan dengan kenaikan lemak yang minimum. Karbohidrat di dalam mass ini terdiri daripada karbohidrat yang mempunyai indeks glisemik yang rendah. Dengan kata lain, ia membekalkan tenaga berpanjangan untuk latihan anda!

Tesla Mass Supercharger juga mengandungi rumusan-rumusan yang akan membantu dalam menstabilkan rembesan hormon testosteron iaitu hormon yang paling penting dalam pembinaan otot. Inilah mass yang terbaik untuk masa kini!

Perisa yang kami sediakan: Milk chocolate, strawberry, dan cookies and cream.

CARA GUNA:

Bancuh 1 skop Tesla Mass Supercharger bersama 300-450ml air sejuk atau susu. Anda boleh campurkan dengan ais. Minum 4 kali sehari selepas latihan dan selepas makan untuk hasil yang terbaik.

NOTA:

Produk ini hanyalah digunakan sebagai pelengkap diet dan bukan untuk tujuan menggantikan perubatan medical. Skop turut disertakan, tetapi mungkin berada di paras bawah.

JAUHKAN DARI KANAK-KANAK. SIMPAN DI TEMPAT KERING DAN BERSUHU BILIK. BUANG SEKIRANYA SAMPAI TARIKH LUPUT.

INFORMASI ALERGEN:

MENGANDUNGI SUSU DAN SOYA LECITHIN. Dikilangkan di kilang yang turut memproses susu, soya, telur, dan kekacang.

Komen Facebook
Weight 8 kg
Flavor

Cookies & Cream, Milk Chocolate, Strawberry

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Tesla Mass Super Charger 8KG”