USN BCAA Complete Amino + EAA – 500g

RM150.00

Clear
SKU: N/A Category:

USN BCAA + EAA adalah supplement yang akan membuatkan latihan anda semakin berkesan di samping meningkatkan fokus anda semasa bersenam! Ia bukan sahaja supplement BCAA biasa, tetapi turut dimuatkan dengan formulasi untuk memberikan tenaga tambahan.

Penggunaan supplement ini akan meningkatkan stamina otot anda, kekuatan, serta membantu dalam keberkesanan proses pemulihan otot selepas latihan. Apa yang anda akan rasa semasa latihan nanti adalah tenaga yang berpanjangan dan berterusan, meskipun tiada sebarang bahan perangsang!

Dengan tambahan Taurine sebanyak 1000mg bagi setiap hidangan, tahap fokus anda semasa latihan akan bertambah. Ini bermakna, anda boleh berlatih dengan lebih efektif lagi, tanpa rasa lesu.

Tak semua BCAA sesuai digunakan oleh masyarakat umum, tetapi produk yang ini adalah sesuai bagi pengamal diet vegan, sekali gus menjadikannya antara pilihan terbaik untuk orang awam, walaupun bukan dari kalangan berlatarbelakangkan sukan bina badan.

Ya, anda boleh gunakan BCAA + EAA meskipun anda bukan peminat tegar bersenam di gym. Mungkin anda suka berlari, berbasikal, mendaki bukit, berenang, semuanya sesuai menggunakan BCAA + EAA daripada USN!

CARA GUNA USN BCAA + EAA:

Bancuh 1-2 scoop bersama 250-300ml air di dalam botol dan goncang sehingga sebati. Minum sebelum dan semasa aktiviti berjalan.

Jika anda lakukan aktiviti lasak dan berintensiti tiggi, digalakkan untuk mengambil produk ini selepas aktiviti juga.

NOTA:

Produk ini hanyalah digunakan sebagai pelengkap diet dan bukan untuk tujuan menggantikan perubatan mediKal. Skop turut disertakan, tetapi mungkin berada di paras bawah.

JAUHKAN DARI KANAK-KANAK. SIMPAN DI TEMPAT KERING DAN BERSUHU BILIK. BUANG SEKIRANYA SAMPAI TARIKH LUPUT.

INFORMASI ALERGEN:

Dikilangkan di kilang yang turut memproses susu, soya, telur, dan kekacang.

Komen Facebook
Weight 0.5 kg
Flavor

Apple, Blue Rasberry

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “USN BCAA Complete Amino + EAA – 500g”