BlueLab™ 100% Whey merupakan whey-blend dalam kategori ultra-premium yang mempunyai kualiti tertinggi daripada whey protein isolate, concentrate, dan hydrolysate untuk kenaikan otot paling optimum.
Penggunaan whey juga adalah penting untuk menyokong dan mempercepatkan proses pemulihan otot, lebih-lebih lagi selepas latihan berintensiti tinggi, tidak kira latihan di gym ataupun latihan sukan yang lain.
Kelebihan BlueLab™ adalah pada pembangunan produknya yang berasaskan daripada hasil kaji selidik antara pelanggan USN sendiri. Sebelum sebarang produk dikeluarkan di pasaran, BlueLab™ akan memastikan penggunanya suka dahulu dengan hasil dan perisa yang ditawarkan. Sebagaimana slogan mereka “developed by the consumer, for the consumer”, kualiti diletakkan pada tahap 100%.
Apa kelebihan BlueLab™ 100% Whey berbanding whey protein lain di luar sana?
Beberapa benda anda kena tahu, BlueLab™ merupakan pemegang sijil halal yang sah di Afrika Selatan menjadikan produk ini pilihan utama orang Muslim. Satu lagi kelebihan istimewa ialah penambahan formula Tolerase™ L di mana ia sangat membantu bagi mereka yang ada masalah selalu sakit perut apabila minum susu protein.
CARA GUNA BLUELAB™ 100% WHEY:
Campurkan 1 skop bersama 150-200ml air sejuk dan goncang selama 30 saat atau sehingga larut.
Disarankan untuk mengambil 2 skop bagi mendapatkan jumlah protein paling optimum, 2-3 kali sehari.
Protein ini diminum sepanjang hari, sebelum dan/atau selepas latihan.
Reviews
There are no reviews yet.