Sale!

USN Hardcore Whey gH 2kg (CLEARANCE)

RM210.00 RM151.70

Clear
SKU: N/A Categories: ,

Hardcore Whey gH merupakan fomulasi paling maju dalam pembikinan resepi protein terbaik melalui kajian saintifik untuk memaksimumkan kenaikan otot, kekuatannya, dan juga memecahkan tembok plateau.

Stack yang diberikan iaitu Crea-Grow Power Stack adalah formulasi campuran antara creatine monohydrate dan taurine, turut bersama Testobolic Z-Mag Stack iaitu kombinasi Tribulus Terrestris, Magnesium, dan Zink. Kesemua ini telah menjadikan whey ini antara yang paling lengkap di pasaran. Tak perlu beli macam-macam supplement!

Kesemua stack yang diberikan bertujuan untuk meningkatkan kekuatan semasa latihan, ketahanan badan, kuasa, dan juga tahap pemulihan paling optimum untuk otot kita. Inilah whey yang anda perlukan, sebenarnya.

Tidak terhenti di situ, Hardcore Whey gH turut mempunya teknologi maju berkaitan sistem hypervol glycotrans bagi membawa masuk protein ke dalam simpanan glycogen bersama creatine dan taurine untuk meningkatkan prestasi anda.

Disediakan dalam beberapa perisa terbaik iaitu; Dutch Chocolate, French Vanilla, dan Strawberry Smoothy. Anda tidak akan kecewa dengan perisa yang ditawarkan!

CARA GUNA HARDCORE WHEY GH:

Bancuh 1 skop protein bersama 200-300ml air sejuk. Campuran terbaik adalah 400-600ml air sejuk bersama 2 skop. Masukkan ke dalam shaker dan goncang selama 30-40 saat sehingga larut.

Ambil 1 skop 30-45 minit sebelum latihan dan 2 skop selepas latihan. Pada hari rehat, gunakan 2 skop semasa perut kosong, 30 minit sebelum sarapan pagi, dan 1 skop antara makan tengahari dan makan malam.

Komen Facebook
Weight 2.1 kg
Flavor

Dutch Chocolate, French Vanilla, Strawberry Cheesecake

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “USN Hardcore Whey gH 2kg (CLEARANCE)”