Description
Kenapa anda perlu gunakan Hyperbolic Mass bagi membesarkan badan anda? Mudah, semestinya ia berkait dengan kualiti produk!
Dalam satu hidangan Hyperbolic Mass ada lebih kurang 50g protein dengan profil amino yang paling lengkap dalam industri makanan tambahan untuk membina badan. Bukan itu sahaja, Hyperbolic Mass turut memberikan beberapa stack terbaik untuk mengoptimakan kenaikan otot.
Tambahan creatine yang tinggi menjadikan mass ini pilihan orang ramai kerana anda boleh berjimat (tidak perlu membeli lagi creatine lain). Kegunaan creatine adalah untuk membekalkan anda dengan tenaga bagi performa durasi singkat yang berintensiti tinggi.
BCAA dan Glutamine juga dimasukkan dalam kadar jumlah yang tinggi. Pembaikpulihan otot menjadi semakin berkesan apabila anda masukkan formula ini. Dengan jumlah kalsium dan magnesium yang ada di dalam Hyperbolic Mass berserta beberapa vitamin yang lain, mass ini telah dikaji dan terbukti sangat sesuai bagi ahli bina badan yang hendak menaikkan jisim otot dengan berkesan.
Beberapa formula istimewa yang dimasukkan adalah sepeti formula mTOR activator, hypervolumax, test elevator, dan beberapa lagi yang menyebelahi mereka yang inginkan badan berotot sasa! Tidak lupa juga, Hyperbolic Mass mempunyai formula HMB yang akan mengawal hormon yang mengganggu proses pembinaan otot.
Disediakan dengan 3 perisa iaitu chocolate, vanilla, dan strawberry, anda boleh pilih yang mana anda suka. Paling penting, Hyperbolic Mass tidak akan mengecewakan anda!
CARA GUNA:
Untuk minggu pertama, campurkn gunakan 2 skop sahaja ke dalam air sejuk (375-400ml). Selepas seminggu, anda boleh gunakan 4 skop sehari untuk kesan maksimum.
Bagi kesan terbaik, gunakan selepas senaman atau sebagai snek antara waktu makan.
NOTA:
Produk ini hanyalah digunakan sebagai pelengkap diet dan bukan untuk tujuan menggantikan perubatan medical. Skop turut disertakan, tetapi mungkin berada di paras bawah.
JAUHKAN DARI KANAK-KANAK. SIMPAN DI TEMPAT KERING DAN BERSUHU BILIK. BUANG SEKIRANYA SAMPAI TARIKH LUPUT.
INFORMASI ALERGEN:
MENGANDUNGI SUSU DAN SOYA LECITHIN. Dikilangkan di kilang yang turut memproses susu, soya, telur, dan kekacang.