Pull down ialah senaman yang mensasarkan otot back. Dalam masa yang sama, ia turut melatih otot bahu dan juga biceps. Ia sama seperti pull up, cuma pull down adalah versi mesin. Yang mana lagi bagus? Dua-dua ada kelebihan masing-masing.
Mesti anda pernah nampak orang lakukan pull down dengan pelbagai cara, pelbagai jenis cara pegang, yarik ke depan dan ke belakang, menggunakan wide bar, v-bar, neutral grip, dan macam-macam lagi. Yang manakah yang terbaik untuk back?
1. Kelebaran pegangan
Untuk kelebaran tempat anda pegang, genggam batang besi anda guna pada kelebaran bahu atau luas sedikit. Rapat memang boleh, tetapi itu akan aktifkan lebih otot biceps.
2. Talaan Tapak Tangan
Halakan tapak tangan ke arah hadapan dan bukan hadapkan tapak tangan kepada anda. Grip ini dipanggil pronated grip. Sama juga, menghalakan tapak tangan ke arah anda akan aktifkan lebih banyak otot biceps.
3. Tarikan
Tarik ke arag atas dada dan bukan ke belakang kepala. Kerana, satunya ia boleh menyebabkan kecederaan. Kedua, pengaktifan otot back anda adalah lebih apabila anda tarik ke paras dada.
Entri: Aiman Radzi