Pull up merupakan senaman yang sangat bagus. Rugi jika anda tidak mengamalkannya dalam rutin workout anda. Senaman ini akan melatih bahagian back dan juga biceps.
Tak semua orang mampu lakukan push up, itu memang betul dan tidak dinafikan. Senaman tersebut bukanlah senaman yang mudah jika anda tidak biasa melakukannya. Cara untuk membiasakan diri adalah dengan melakukannya dengan lebih kerap.
Kalau anda tak buat, sampai bila anda nak bagi alasan tak mampu untuk pull up? Jangan cakap badan anda terlalu berat untuk pull up. Ada sahaja yang badan dengan tetapi menggunakan bebanan sampai berpuluh-puluh kilo untuk membuktikan yang sebenarnya berat bukanlah penghalang untuk senaman ini.
Meskipun anda tidak boleh melakukannya lagi, anda boleh cuba teknik ini untuk membiasakan diri dengan pull up. Kalau tak boleh buat lima, buat satu pun tak apa. Kalau tak boleh satu cara penuh, buat secara supported pun tak apa.
Tak kisah pada hari tersebut anda melatih otot apa, anda kena buat sekurang-kurangnya satu ulangan pull up antara setiap set senaman yang anda lakukan. Chest, shoulder, abs, leg, apa-apa sahaja workout.
Apabila anda dah merasa senang sedikit untuk melakukan satu ulangan, tambahkan supaya jadi dua bulan dengan pula. Kemudian, jadikan tiga ulangan, empat, lima, dan seterusnya. Janji, anda lakukan pull up untuk setiap kali masa rehat antara set senaman anda.