Sukar untuk melakukan squat dan deadlift kerana anda selalu sakit belakang? Mungkin beberapa sebab ini adalah punca kepada sakit anda. Dapatkan jalan penyelesaian dengan segera!

 

Masalah Teknik

Selalunya, ini adalah punca utama di mana anda melakukan senaman tersebut dengan cara yang salah. Tekanan pada tulang belakang akan meningkat, sekali gus menyebabkan sakit. Cari jurulatih bertauliah untuk bantu perbetulkan teknik anda.

 

Masalah Postur

Ada terlalu banyak otot dalam badan kita, dan ada beberapa kumpulan otot kita kenali sebagai otot postur kita. Postur badan bermaksud “bentuk” badan kita semasa kita duduk, berdiri, berjalan, dan lain-lain. Kemungkinan, postur badan anda tidak baik menjadikan biomekanik senaman anda juga tidak bagus. Dengan erti lain, tekanan yang tidak sewajarnya telah berlaku. Dapatkan bantuan ahli fisioterapi untuk yang ini.

 

Masalah Tulang Belakang

Ada yang sakit kerana memang masalah tulang belakang, seperti arthritis, spondylosis, prolapsed intervertebral disc (slipped disc), dan macam-macam lagi. Yang ini, anda kena dapatkan diagnosis daripada doktor ataupun ahli fisioterapi. Barulah anda boleh dapatkan rawatan selanjutnya.

 

Rugilah kalau anda tak boleh lakukan squat dan deadlift kerana ia adalah dua jenis senaman paling utama dan banyak mendatangkan manfaat!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)