Ada tak antara geng anda yang timbang berat selalu dalam sehari? Ada yang timbang pagi, selepas itu timbang lagi tengahari, petang timbang sekali, dan sebelum tidur timbang lagi. Kalau tiada, mungkin andalah orang itu!

 

Apabila kita timbang selalu, kita akan dapati yang berat badan kita kejap naik dan kejap turun. Biasanya, berat badan anda adalah paling rendah pada waktu siang, dan akan meningkat sepanjang hari.

 

Waktu anda timbang berat badan sebenarnya sangat penting, sebab timbang waktu lain-lain akan berikan nilai yang berbeza-beza. Jadi, kalau anda dalam misi nak kurus dan anda timbang tak kena masa, ia akan mengganggu tahap motivasi anda. Mana taknya, semalam timbang pagi 73kg, hari ini timbang petang 75kg, mesti sakit hati, bukan?

 

Turun naik berat dalam sehari dipengaruhi banyak benda, dan biasanya bukan disebabkan kenaikan lemak. Air dalam badan biasanya kurang pada awal pagi dan akan bertambah sepanjang hari apabila anda makan. Air dalam badna juga berkurang selepas anda bersenam, sebab itu kalau anda timbang lepas bersenam akan jadi ringan sedikit. Tetapi, timbang semula di rumah, naik balik.

 

Anda tak boleh nak kawal kenaikan ini. Lagipun, ia bukanlah kenaikan yang serius (naik air sahaja bukannya jadi lagi gemuk). Apa yang anda boleh buat (kalau nak kurus) adalah ambil berat badan pada satu masa sahaja setiap hari. Kalau anda biasa ambil selepas workout, maka timbang hanya selepas workout dan jangan timbang masa lain. Admin cadangkan anda timbang awal pagi selepas bangun daripada tidur.

 

Nak cari supplement bakar lemak yang berkesan? Cuba gunakan Ripped Z daripada Tesla! Semuanya boleh didapati di Dee Gym Supplement.