Ada yang mengadu pada Admin, kata dah main arms macam orang gila tapi naik ototnya sikit sahaja. Tak sama macam kenaikan otot-otot yang lain.
Ini adalah keunikan kita semua dan itu juga realiti bina badan. Dunia sukan, tak kira sukan apa sekali pun, bergantung pada genetik, sebenarnya. Tak semua orang boleh berjaya dalam sukan yang dia ceburi. Kalau semua orang boleh jadi padu dengan latihan sahaja, pasti semua orang boleh jadi Mr Olympia, lari selaju Usain Bolt, dan macam-macam lagi. Hakikatnya, sukan adalah bergantung pada genetik.
Dalam hal bina badan, ada yang senang untuk naik arms, ada yang senang untuk naik chest. Ada yang susah naik betis walaupun main dah lama. Ini adalah perkara biasa, dan anda hanya boleh cuba sedaya upaya sahaja, naiknya otot adalah bergantung pada genetik.
Adakah ini bermaksud anda patut menyerah kalah dalam bina badan, semata-mata anda susah nak naik otot arms? Tidak sama sekali, kerana anda masih boleh mencuba. Lagipun, otot bahagian lain masih membesar, jadi anda kena cuba buat physique anda sebaik mungkin.
Beberapa tips yang anda boleh guna untuk baiki arms anda:
- Buat rep secara perlahan.
- Banyakkan latihan kompaun variasi arms.
- Latih banyak superset.
- Fokus pada otot kecil dalam arms seperti brachialis.
- Tukar game arms anda.
Nak cuba supplement bina badan yang berkesan? Semuanya boleh didapati di Dee Gym Supplement sekarang!