PUSH PRESS UNTUK OTOT BAHU, KAKI, DADA LEBIH BESAR

maxresdefault

PUSH PRESS untuk otot bahu, dada, tangan, dan kaki yang lebih KUAT serta BESAR!

Senaman Push Press boleh dianggap sebagai Squat untuk bahagian badan atas kerana ia mengerjakan seluruh badan.

 

2-ShSt-BB_Push_Press_M-1024x768

Ia adalah salah satu senaman yang sangat power dan atletik untuk dilatih! Apa yang anda perlu thau untuk lakukan senaman ini:

 

1- Mula samada secara “clean” ataupun daripada squat rack

2- Pastikan siku anda menghala ke hadapan dan ke dalam (macam nak sentuh sama-sama siku)

3- Barbell akan berehat atas tulang selangka

Mulakan dengan bengkok sedikit lutut sambil kekalkan posisi badan yang tegak. Kemudian, “loncat” untuk menolak barbell tegak ke atas!

Kuasa daripad loncatan kaki akan bantu untuk menggerakkan barbell. Apabila barbell sudah bergerak, luruskan tangan melepasi kepala (seperti shoulder press biasa).

Pergerakan dengan momentum begini bagus untuk memberi fokus pada bahagian eksentrik (penurunan beban). Tolak guna momentum, kawal penurunan perlahan-lahan.

Lakukan 3-5 rep sahaja untuk 3-5 set pada hari latihan bahu atau kaki. Ingat, loncatan dan pergerakan menolak haruslah laju dan explosive!

Info By Aiman Radzi

Klik My Website —-> deegymsupplement.com/staging

 

Komen Facebook