Push Up Atau Bench Press

Kalau anda kena pilih senaman untuk dibuat bagi membina otot dada, yang mana satu anda pilih? Buat push up atupun buat bench press?

 

Semestinya, bech press adalah pilihan yang lebih baik tetapi tidak bermakna anda patut tinggalkan push up. Macam mana anda nak bagi push up anda lebih berkesan? Anda kena ubah-ubah variasinya! Cuba lihat di bawah dan tengok variasi push up yang sama dengan bench press.

 

Push Up Biasa/Flat Bench Press

Pushup

Kalau anda buat push up biasa, ia sama dengan flat bench press. Jadi, otot yang difokus juga menyeluruh.

 

Incline Push Up/Decline Bench Press

incline-push-up-exercise-1-1-0

Melakukan push up dengan meletakkan tangan pada platform tinggi menyamai decline bench press. Anda fokus pada bahagian bawah dada.

 

Decline Push Up/Incline Bench Press

motor_control_exercise

Ini adalah variasi yang lebih susah, sama seperti incline bench press. Fokus senaman ini adalah untuk beri tekanan pada bahagian atas dada.

 

Diamond Push Up/Close-Grip Bench Press

The-Diamond-Position

Kalau anda nak bina triceps, anda kena buat diamond push up yang hampir sama seperti close-grip bench press.

 

Pike Push Up/Overhead Press

15-workouts-pikepushup-main-new

Untuk fokus bahagian bahu pula, anda kena buat overhead press. Kalau tiada alat, anda boleh buat pike push up.

Komen Facebook