Rahsia Chest Arnold

Rahsia Latihan Chest Arnold

Antara bodybuilder yang mempunyai chest paling mantap adalah Arnold. Dari dulu sampai sekarang tiada bodybuilder yang boleh lawan chest Arnold lengkap dari setiap sudut, ketebalan, size, bentuk dankeseimbangan. Ketika beliau sedang berdiri tegak anda boleh letak segelas air atas chest Arnold tanpa jatuh pun. Begitu tebal dan padunya chest Arnold.

Kebanyakkan bodybuilder sekarang makin besar size otot shoulder, kaki, back tetapi chest tetap Arnold pegang tittle Chest terbaik sepanjang zaman.

Nak tahu rahsia teknik senaman Arnold sampai dapat chest macam tu, nie beberapa tips yang kami dapat petik dari website simplyshredded.

1. BARBELL BENCH PRESS

Sebelum lakukan over weight Bench press Arnold akan warm up dulu dengan melakukan bench press pada berat 135 pound pada kadar 30-40 reps bagi memanaskan badan terutama bahagian chest supaya darah mengalir dan sendi-sendi dah stadby untuk buat weiht seterusnya. Kemudian dia akan terus meregangkan tangan kebelakang sebanyak 15 kali sebelum membuat set pertama untuk bench press. Untuk starting weight Arnold biasanya akan start pada berat 275 pound sebanyak 15 reps, Set kedua 315 pound untuk 12 reps , Set 3 365 pound untuk 8 reps dan last Set 405 pound untuk  6 reps. Semuanya dilakukan tanpa stop.

“ pernafasan yang betul sangat penting bagi melebarkan tulang rusuk  untuk mengambil nafas secukupnya “

2. INCLINE BARBELL PRESS

Senaman ini paling penting untuk tebalkan chest pada bahagian atas.  Untuk set pertama beliau akan memulakan Reps pada berat 225 pound untuk 15 reps. Set kedua 245 pound 12 reps, Set ketiga 265 pound 12 reps, Set keempat 285 pound 10 reps dan last 305 pound untuk 10 reps. Arnold akan up berat 20 pound setiap set dan jika dilihat pada teknik beliau palang bar pasti akan sentuh rapat pada bahagian atas chest.

3. FLAT DUMBELL FLY

“ Ini adalah senaman terbaik untuk membentuk bahagian luar pectoral dan jika dilakukan dengan betul  dengan membuka tulang dada akan membantu dada anda lebih lebar dan tebal “

Arnold melakukan Teknik Dumbell Fly berbeza dengan bodybuilder lain. Dia sering gambarkan dumbbell fly seperti sedang memeluk pokok. Teknik dilakukan adalah dengan baring di atas seat dan membengkokkan tangan sambil menarik nafas sedalam boleh dan melebarkan tangan selebar boleh “ jangan sampai terlalu lurus tangan “. Kaki akan diangkat dan diletakkan di atas sebuah bangku bagi menstabilkan kedudukan. Dia akan turunkan tangan serendah boleh sehingga nak sentuh lantai dan kemudian menolak kembali tangan keatas sambil melepaskan nafas sekuat hati. Untuk Set ini dia akan start pada berat 65 pound 15 reps, 65 pound 12 reps, 85 pound 10 reps. Biasanya dumbbell fly dilakukan semasa melakukan superset dengan barbell rows.


4.    PARALLEL DIPS BAR

“ salah satu teknik yang paling berkesan untuk membentuk garisan pada otot dada bahagian bawah. Ini senaman wajib anda lakukan “

Arnold akan meletakkan dumbbell seberat 80 pound yang diikat pada pinggangnya menggunakan dips belt. Dia akan berdiri di palang Dips dan melonjakkan badan ke atas dan menurunkan badan secara perlahan-lahan sehingga tangan nya hamper menyentuh bahagian ketiak. Ketika melakukan dipping , beliau akan menarik nafas sedalam mungkin ketika turun dan melepaskan nafas sekuat hati ketika tangan menolak ke atas. Beliau akan melakukan pada starting 15 reps. Beliau akan melakukan pada weight yang sama dan reps yang sama untuk 5 set.

5. STIFF ARM PULLOVER

Kebiasaannya Arnold akan lakukan Pullover bagi meregangkan otot bahagian Pec, pangkal dan tulang rusuk secara serentak. Latihan ini menjadi asas wajib ketika melakukan senaman chest dan latihan ini berperanan dalam membentuk otot dada. Cara beliau lakukan adalah dengan abring pada seat rata, beliau akan ambil dumbbell yang berat sederhana bagi kekuatan beliau dengan menggenggam kedua tangan pada dumbbell dan memanjangkan tangan keatas dengan membengkokkan sikunya. Setelah itu beliau akan menurunkan dumbbell sehingga melepasi atas kepala sambil menurunkan badan sedikit kebelakang dan menarik nafas sedalam mungkin ketika sedang menurunkan dumbbell kebelakang serta memastikan pinggulnya tetap turun sama. Beliau biasanya akan melakukan senaman ini sehingga 5 set dengan berat permulaan dumbbell 90 pound untuk 15reps ke 20 reps. Beliau akan rest dalam 30 saat sambil berjalan keliling gym dan melakukan set seterusnya.

ISO-TENSION CONTRACTIONS

“ tidak kira apa jenis bodypart , Arnold pasti akan melakukan  sesi pose pada akhir sesi senaman dan menegangkan otot dengan kuat “

Komen Facebook