Rahsia Menyelamatkan Tulang Belakang Ketika Bersenam

Kita tahu senaman berat mahupun senaman ringan, jika tidak dilakukan dengan baik pastinya akan mengundang kecederaan pada badan.

Dalam badan kita terdapat satu bahagian yang amat penting di mana jika bahagian ini tidak dijaga dengan baik pastinya mengundang kecacatan pada badan.

Apa itu?

Ia adalah tulang belakang. Tulang ini amat penting bagi kita menjalani kehidupan seharian seperti berdiri, duduk, membongkok, melompat dan melakukan pergerakan.

Jadi kerana itulah ia amat penting untuk dijaga lebih-lebih lagi semasa melaukan senaman.

Bagaimana?

Terdapat dua cara bagi menjaga keselamatan tulang belakang semasa senaman:

1. Posisi dan teknik yang betul

Posisi dan teknik adalah perkara yang penting dan tidak boleh diabaikan semasa melakukan senaman kerana ianya berkait rapat dengan pergerakan tulang belakang kita.

Belajarlah posisi dan teknik senaman yang betul walaupun senaman itu ringan dan mudah.
Dapatkan teknik-teknik senaman melalui coach-coach yang berpengalaman atau boleh juga kita mendapat ilmu ini di YouTube atau di web-web yang berautoriti.
Sebelum memulakan senaman lakukanlah pemanasan badan selama 5 minit dahulu bagi melonggarkan otot-otot yang keras dan supaya pelancaran darah semasa senaman berjalan lancar.

2. Pernafasan yang baik

Bagaimana pernafasan membantu?
Bayangkan kita meniup belon, pastinya belon semakin membesar bukan?

Begitulah juga badan kita jika menarik nafas, maka tekanan di dalam badan akan turut meningkat membuatkan kita mampu mengangkat bebanan yang berat.

Namun perlu diingati bukan sahaja menarik nafas sahaja diperlukan, namun menahan nafas dan menghembus nafas juga perlu dijaga.

Sewaktu anda mengambil bebanan yang berat anda bukan sahaja perlu menarik nafas, namun perlu menahan nafas semasa menolak bebanan tersebut dan menghembus nafas saat bebanan dijatuhkan.

Peningkatan tekanan inilah akan memperkukuhkan tulang belakang anda. Jika tidak dikawal nafas dengan baik risiko kecederaan pada tulang belakang adalah amat tinggi. Kerana itulah kita dapat melihat ramai yang memgalami sakit pinggang apabila mengangkat bebanan yang berat.

Entri: Fakhrul Islam

Komen Facebook