Regangan Selepas Workout Akan Membina Otot

Regangan ataupun stretching sering disalah anggap. Ramai menyangka yang strething harus dilakukan sebelum workout, walhal stretching sebenar dilakukan selepas anda habis workout.

Benar, ada beberspa jenis “stretching” dilakukan sebelum workout seperti dynamic warm up dan oscillatory stretching. Apa benda tu? Disebabkan anda tak, maka tak perlu buat stretching sebelum workout. Fokus pada pemanasan badan seperti melakukan bebanan ringan dahulu sebelum workout.

Stretching selepas workout membantu untuk mempertingkatkan mekanisma pemulihan otot. Badan kita lebih “lembut” selepas workout kerana darah yang banyak mengalir dalam otot. Stretching dalam keadaan “sejuk” sebelum warm up tidak mengenakan regangan sepenuhnya pada semua otot.

Cara stretching yang betul ialah dengan menahan posisi stretching tersebut untuk 30-90 saat. Meksipun begitu, anda kena tahan dalam keadaan postur betul. Apabila badan anda sudah hilang keupayaan menahan posisi betul, pendekkan durasi. Kerana apa? Ia hanya meningkatkan risiko kecederaan. Selalunya, cukup kita menahan selama 40 saat.

Lagi bagus kalau anda dapatkan urutan sukan bersama stretching selepas workout. Jangan risau, kami ada sediakan servis urutan sukan di cawangan Sri Rampai.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook