Siapa pengikut dunia strength pasti akan kenal dengan monster ini iaitu Eddie Hall. Pemuda berumur 32 tahun ini pernah mencatat rekod deadlift terberat iaitu 500kg!
Beliau kini sudah bersara dari dunia strongman kerana risaukan tahap kesihatannya. Walaupun begitu, beliau tidak berhenti begitu sahaja! Sebaliknya, kini beliau ada 1 cabaran baru yang ingin ditakluki iaitu untuk masuk ke gelanggang boxing.

Dengan siapa beliau akan bertarung? Percaya atau tidak, beliau akan bertarung dengan champion strongman juga, Hafthor Bjorsnsson, yang turut merupakan seorang movie star (berlakon dalam cerita Games of Thrones).

Mengikut Eddie Hall, rutin latihan beliau kini telah membenarkan beliau untuk turun hampir 40kg dalam tempoh 3 tahun! Kardio 5 kali seminggu, latihan boxing, berbasikal, berenang, dan HIIT, semuanya dilakukan untuk mencapai sasaran baru ini.
Dari segi diet pula, Eddie Hall memakan sehinggu hampir 7,000 kcal sehari, berserta latihan berat. Nota untuk anda, 7,000 kcal adalah jumlah untuk Ediie Hall diet, sedangkan ramai daripada kita makan 2500 kcal pun belum boleh kurus.

Pemakanannya dipecahkan kepada 6 kali makan dengan campuran ayam, nasi, sayur-sayuran, chocolate, granola, kentang, coleslaw, dan macam-macam lagi snek yang lain untuk berikannya tenaga!