Haritu Admin ada masukkan entri berkaitan rutin senaman untuk chest, bahagian upper chest dan lower chest. Kali ini, Admin nak kongsi pula rutin back day yang patut anda guna semasa bulking!
Back kita juga boleh dipisahkan kepada latihan untuk ketebalan dan latihan untuk melebarkan back. Kalau anda nak fokus pada latihan-latihan tersebut dan mahukan Admin kongsi rutin untuk komponen tersebut, nanti bagitahu sahaja dalam ruangan komen! Sekarang, Admin share rutin secara umum sahaja untuk bulking.
Barbell Row
5 set x 5 rep
Rehat 60 saat antara set
Wide Lat Pulldown
4 set x 8-12 rep
Rehat 60 saat antara set
Tambahkan berat setiap set
V-Grip Cable Row
4 set x 8-12 rep
Rehat 60 saat antara set
Tambahkan berat setiap set
T-Bar Row
3 set x 12 rep
Rehat 60 saat antara set
Gunakan bebanan yang berat dan paksa untuk habiskan 12 rep
One-Arm Dumbbell Row
3 set x 12 rep setiap tangan
Rehat 60 saat antara set
Gunakan bebanan yang berat dan paksa untuk habiskan 12 rep
Smith-Machine Shrug
3 set x 10 rep
Rehat 60 saat antara set
Angkat dan tahan di atas selama 10 kiraan sebelum turun dan mengangkat semula
Straight-Arm Pulldown
3 set x 12 rep
Rehat 60 saat antara set
Gunakan bebanan yang agak berat tapi masih boleh terkawal
Deadlift
3 set x 3 rep
Rehat 60 saat antara set
Gunakan wrist strap jika diperlukan dan bebanan untuk deadlift seharusnya berat tapi mampu
Entri: Aiman Radzi (@TheTherabeast)