Mencari lagi rutin untuk membakar lemak dengan pantas tanpa perlukan masa bersenam yang lama-lama? Mujur anda tekan link ini, sebab hari ini, kami akan berkongsi dengan anda satu rutin yang mudah (tetapi perit) untuk dilakukan di rumah sahaja!
Rutin HIIT Slim Fit
Kita akan berlatih menggunakan konsep HIIT, iaitu latihan berintensiti tinggi yang diselangi dengan rehat yang singkat. Anda akan buat setiap senaman di bawah secara berterusan, 20 saat untuk setiap senaman. Kemudian, habis 20 saat, anda akan rehat selama 8 saat sahaja antara senaman. Habis semua rutin di bawah, itu baru satu kitaran. Anda kena buat sekurang-kurangnya 5 kitaran!
Konsep ini, yang bagusnya, adalah kesan kepada badan anda selepas anda habis berlatih. Anda tidak akan bakar lemak semasa anda bersenam, sebaliknya pembakaran lemak anda bermula selepas anda habis dan berakhir 72 jam selepas latihan. Meskipun anda sedang duduk berehat di rumah, badan anda masih membakar lemak menggunakan konsep latihan ini!
Rutin senamannya:
1- Star Jump
2- Lunges
3- Squat
4- Scissors Kick
5- Lying Leg Raise
6- Sit-Up
Lakukan kesemua senaman ini satu persatu (20 saat setiap satu). Pastikan juga anda buat bersungguh-sungguh! Kalau main-main, tak jadilah rutin senaman ini dengan kesannya yang bagus untuk pembakaran lemak.