Rutin Biceps The Rock

Admin yakin, ramai yang minat Dwayne “The Rock” Johnson. Dulunya bermula dengan filem The Mummy Return (sebagai Scorpion King), kemudian membintangi filem The Scorpion King sebagai raja itu sendiri. Kerjayanya terus memuncak sehingga kini dengan filem-filem pecah panggung seperti Fast and Furious, GI Joe, dan macam-macam lagi!

The Rock memiliki bentuk fizikal yang mantap, selaras dengan usahanya yang sememangnya tanpa menyerah kalah. Beliau memberikan 100% dalam latihan dan pemakanan. Sebab itu, beliau boleh mendapat bentuk badan seperti itu.

Beliau juga ada kongsikan rutin latihan tangannya di majalah Muscle and Fitness. Admin nak berkongsi dengan anda pula rutin The Rock. Jadi, siapa yang nakkan sama seperti idola, kenalah usaha sama macam dia!

Jumlah senaman: 9 jenis senaman

Durasi: 60 minit

Senaman 1: Barbell Biceps Curl

  1. 7 set
  2. 8-12 rep
  3. 45 saat rehat

Senaman 2: Rope Pressdown

  1. 3 set
  2. 8-12 rep
  3. 90 saat rehat

Senaman 3: Cable Biceps Curl

  1. 3 set
  2. 8-12 rep
  3. 90 saat rehat

Senaman 4: Dip

  1. 3 set
  2. 8-12 rep
  3. 90 saat rehat

Senaman 5: EZ Bar Spider Curl

  1. 3 set
  2. 8-12 rep
  3. 90 saat rehat

Senaman 6: Close-Grip Bench Press

  1. 3 set
  2. 8-12 rep
  3. 90 saat rehat

Senaman 7A: Preacher Curl

  1. 4 set
  2. 8-12 rep
  3. Superset dengan Senaman 7B

Senaman 7B: Reverse Curl

  1. 4 set
  2. 8-12 rep
  3. Superset dengan Senaman 7A

Senaman 8: Overhead Tricep Extension

  1. 7 set
  2. 8-12 rep
  3. 45 saat rehat

Entri oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)

Komen Facebook