Ada pelbagai jenis rutin latihan yang anda boleh gunakan untuk membina kekuatan ataupun membina otot. Ada juga latihan yang menggabungkan sedikit daripada kedua-dua dunia (kekuatan dan hypertrophy).
Kekuatan adalah kebolehan anda untuk mengangkat berat dan hypertrophy pula bermaksud pembesaran saiz sel. Otot yang besar tidak semestinya kuat dan otot yang kuat juga tidak semestinya besar. Kuat bergantung pada adaptasi saraf anda, manakala saiz otot pula bergantung pada adaptasi tekanan metabolik yang anda berikan. Tetapi, anda perlukan kedua-duanya untuk membina badan yang seimbang.
Antara rutin latihan yang mudah untuk kita amalkan bagi mendapatkan kekuatan dan juga kesan hipertrofi ialah latihan push-pull-legs. Satu hari, kita melakukan latihan push sahaja. Hari seterusnya, latihan pull sahaja pula. Dan hari terakhir, latihan kaki. Kemudian, kita akan ulang semula kitaran ini.
Latihan push menggunakan otot dada, triceps, dan otot bahu bahagian hadapan. Senaman utama dalam latihan push ialah bench press dan overhead press. Manakala, latihan pull pula menggunakan otot biceps, back, dan bahu bahagian belakang. Senaman-senamannnya ialah seperti rowing, pull ups, dan lain-lain. Latihan kaki ialah latihan kaki (squat dan deadlift).
Berapa rep dan berapa set itu bergantung pada misi anda. Kalau anda nak lebihkan latihan kekuatan, main berat dengan jumlah repitisi yang rendah. Sebaliknya pula untuk latihan hypertrophy.
Minum protein sebelum dan selepas workout untuk mendapatkan kesan maksimum daripada latihan anda! Gunakan Whey Core daripada Superior14 sekarang.
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)