Rutin Senaman 5 Minit

Mungkin anda tidak sempat bersenam kerana kekangan masa dan berbagai komitmen lain. Tapi bagi anda yang ingin menurunkan berat badan atau mengekalkan kecergasan fizikal di sebalik kesibukan rutin seharian, bolehlah mencuba rutin senaman 5 minit yang direka khas bagi mereka yang mencari senaman ekspres. Cuma perlu luangkan masa 5 minit setiap hari untuk bersenam. Komitmen yang kecil ini bukan sahaja memupuk tabiat bersenam serta meningkatkan keyakinan diri, malah membawa perubahan yang positif terhadap gaya hidup anda secara keseluruhannya.

Tapi berapa banyak kalori yang boleh dibakar dalam masa 5 minit? Ianya bergantung kepada daya usaha anda semasa bersenam. Anda boleh membakar sehingga 20 kalori seminit dengan High Intensity Interval Workout (HIIT). Dengarnya macam sedikit, bukan? Tapi, manfaatnya tidak terhenti sampai di situ sahaja kerana HIIT membantu anda membakar lemak sepanjang hari disebabkan oleh Post-Exercise Oxygen Consumption (EPOC) atau lebih dikenali sebagai afterburn. Secara ringkasnya ia bermaksud tubuh anda membakar lebih banyak lemak dan kalori berjam-jam selepas sesi senaman berakhir.

Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum mencuba rutin ini iaitu;

  • Tahap kesihatan (sebarang kecederaan fizikal, penyakit jantung, penyakit darah tinggi, penyakit artritis dan lain-lain)

  • Tahap kecergasan fizikal

Untuk peringkat permulaan, anda tidak memerlukan sebarang peralatan khas. Senaman terdiri daripada bodyweight exercise yang hanya memerlukan berat badan sebagai beban. Anda bebas memilih di antara kedua-dua rutin tersebut ataupun boleh melakukannya secara berselang-seli. Anda juga boleh modify senaman mengikut tahap kecergasan. Dan apabila tahap kecergasan semakin meningkat, anda boleh menambah peralatan senaman seperti dumbbell, medicine ball, kettlebell atau resistence band untuk menjadikannya lebih mencabar.

Rutin Senaman 5 Minit #1

Lakukan setiap aktiviti selama 1 minit, rehat 15 saat dan kemudian lakukan aktiviti yang seterusnya.

  • Lari setempat

  • Jumping jack

  • Burpees

  • Push-up

  • Mountain climber

Rutin Senaman 5 Minit #2

Lakukan setiap aktiviti sebanyak 12 kali dan ulangi sesi ini sebanyak yang mungkin dalam masa 5 minit.

  • Jump lunges

  • Jump squat

  • Push-up

  • Bicycle crunch

Diet yang seimbang juga memainkan peranan dalam memastikan keberkesanan program senaman ini. Selain itu, anda juga boleh selitkan aktiviti fizikal semasa menjalankan rutin seharian seperti wall squat semasa bercakap di telefon, berlari menaiki tangga, dan walking lunge di dalam rumah. Kuncinya ialah melakukan aktiviti fizikal secara konsisten.

Komen Facebook