Untuk melakukan rutin ini, anda memerlukan beberapa benda:

1- Tayar besar

2- Dumbbell

3- Trap bar

4- Battle rope

5- Platform untuk anda lompat

 

Majoriti barang ini bukan barangan biasa untuk kebanyakan gym. Siapa yang ada, sangat rugi kalau anda tak cuba rutin ini!

 

Sasaran masa latihan kita ialah dalam 1 jam. Jika anda tepati masa rehat, masa ini sangat mencukupi.

 

1- Dumbbell Circus Press

Dalam keadaan berdiri, angkat dumbbell daripada lantai dan letakkan di atas bahu kanan. Kemudian, tolak lurus ke atas. Turunkan semula ke lantai dan ulang di di bahagian kiri pula. Buat sebanyak 5 rep.

 

2- Tyre Flip

Lakukan 5 flip jika anda sudah cukup kuat. Jika tidak, lakukan 1 flip, kemudian set seterusnya, buat 2 flip. Tambah setiap sehingga jadi 5 flip pada set terakhir.

 

3- Trap Bar Carry

Menggunakan trap bar, angkat dan berjalan sebanyak 5 langkah. Letak semula, dan angkat lagi untuk 5 langkah ke hadapan. Ulang sebanyak 5 kali angkatan (maksudnya 25 kali langkah).

 

Ulang 3 ini dahulu sebanyak 5 set, dengan rehat dalam 60 saat antara set. Selepas itu, lakukan finisher di bawah.

 

1- Battle Rope

Bertahan selama 40 saat.

 

2- Box Jump

Lompat sebanyak 10 kali, dengan setiap lompatan dilakukan secara berhemat. Lompat dan mendarat dengan lembut menggunakan kedua-dua kaki. Apabila anda nak turun daripada platform, turun sebelah-sebelah kaki.

 

3- Plank

Tahan plank selama 40 saat.

 

Ulang finisher ini sebanyak 3 kali.

 

Daripada penerangan Admin sahaja, mu gkin ada yang tak faham dengan rutin-rutin ini kerana rutin ini bukan untuk orang yang baru mula. Ia lebih kepada teknik advance dan memerlukan ketahanan yang tinggi.

 

Selepas selesai semua ini, minum 1 scoop whey daripada jenama Superior14 untuk tujuan peningkatan otot maksimum!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)