Rutin Untuk Buat Fitness Body

Nak cabar diri anda? Cuba buat kompleks ini! Anda hanya perlukan sebatang barbell sahaja dengan beberapa plate bebanan. Mungkin sekali, anda perlukan kawan untuk bagi semangat sebab ia sangat memenatkan!

Ada tiga senaman yang dilakukan secara berterusan. Buat satu rep dengan senaman pertama, sambung dengan senaman kedua terus, dan yang ketiga, kemudian ulang semuanya terus untuk beberapa rep lagi.

1. Barbell Row

Mulakan dengan barbell row dahulu. Satu rep sahaja, dan tanpa melepaskan barbell, teruskan dengan senaman seterusnya.

2. Barbell Clean

Siap satu rep tadi, terus lompat dan baling barbell, kata lain buat barbell clean.

3. Barbell Overhead Press

Dalam posisi clean tadi, terus press ke atas untuk satu rep. Ini semua dikira sebagai satu rep. Terus turunkan semula barbell dan ulang semula daripada barbell row dan ulang lagi kitaran ini untuk 5 rep atau lebih. Itu dikira sebagai satu set.

Komen Facebook