“Lepas senaman saya tak berasa sakit, Saya rasa latihan saya berkesan” atau “Lepas workout tadi, saya rasa otot-otot tegang dan sakit, saya rasa latihan saya tadi cukup memadai”
Dua dialog di atas sering kita dengar berkaitan sakit selepas workout. Namun yang menjadi persoalan adakah ianya petanda yang baik atau buruk. Adakah kesakitan memainkan peranan penting dalam menjadi petanda kualititnya sesebuah latihan itu.
Terdapat banyak tahap kesakitan. Anda boleh merasa sedikit ketat atau bengkak dan mengalami “perasaan yang dipertingkatkan” dalam otot atau tidak menyakitkan langsung.
Selain itu, anda juga boleh merasai sakit semasa memberus gigi saat mengangkat tangan kerana latihan dada semalamnya. Itulah termasuk dalam kesakitan yang teruk. Dan anda juga boleh merasa begitu sakit sehingga anda tidak boleh berlatih pada hari-hari seterusnya itu adalah kesakitan melampau.
Apa maksud “sakit yang membawa keburukan”?
“Kesakitan yang buruk” merujuk kepada kesakitan yang melemahkan, yang merupakan tanda anda mungkin mengambil sesuatu yang terlalu cepat atau terlalu jauh dengan kata lain terlalu banyak set / reps, atau terlalu berat beban).
Apa Pula Maksud Kesakitan Yang Bagus?
Jika anda mencuba latihan baru, skema set / rep baru, atau tempo baru, dan anda merasakan sedikit kesakitan, tu adalah petanda yang baik. Anda tidak boleh mengejar kesakitan iaitu mencuba kesukaran untuk mendapatkan sakit kerana anda fikir ia satu-satunya tanda senaman yang produktif. Itu akan menyebabkan latihan beralih terlalu kerap. Anda tidak pernah benar-benar mendapat latihan yang progresif, kerana ketika pergerakan baru membuat anda sakit, anda beralih ke sesuatu yang membuat anda sakit lagi. Itulah kesilapan.
Dan jangan lupa bahawa diet anda boleh mempengaruhi bagaimana sakit yang anda dapat dari latihan. Jika anda telah mengurangkan kalori dan karbohidrat dan menjadikan ia rendah, senaman yang biasa pun boleh membuat anda berasa sakit sekali lagi.
Oleh itu, apa yang boleh kita ambil sebagai penanda aras adalah “proggressive” atau kemajuan. Jika hari ini anda boleh melakukan 10 reps maksimum dan esok nya anda mampu lakukan 11 reps, itulah kemajuan yang patut anda banggakan kerana latihan anda membuahkan hasil dan kualiti. Sakit atau tidak itu persoalan nombor dua. Jika kemajuan berlaku dan anda tidak berasa sakit, itu menunjukkan anda bagus namun jika kemajuan berlaku disertai dengan rasa sakit, itu pun dikira sebagai latihan yang bagus.
Jika anda mengalami kesakitan yang sederhana atau parah, anda masih boleh untuk melatih otot itu lagi pada hari berikutnya. dengan hanya lakukan beberapa set yang ringan dan pamkan otot anda yang sakit dengan ringan juga. Ini boleh mempercepatkan pemulihan dan mungkin membawa kepada lebih banyak pertumbuhan otot.