Sakit-Sakit Badan Selepas Workout? Itu Namanya DOMS Dan Anda Boleh Buat Begini!

Bersenam di gym dengan bebanan akan menyebabkan badan anda rasa sakit-sakit pada keesokan harinya. Ini adalah fenomena biasa dikenali sebagai DOMS, atau nama penuhnya delay onset muscle soreness.

 

Meskipun ia tidak bahaya, ia boleh mengganggu kehidupan harian kita andaikan kesakitan tersebut terlampau perit. Apa kata anda lakukan beberapa tips ini untuk mengurangkan sakit tersebut!

 

Ambil BCAA

BCAA adalah supplement yang akan membantu untuk memulihkan otot-otot di samping memberikan anda tenaga. Minum BCAA sepanjang hari untuk bekalan protein berterusan.

 

Makan Lebih Banyak

Makanan adalah sumber tenaga anda. Ia digunakan untuk anda berfungsi dan juga sebagai sumber untuk pembaikpulihan badan. Makan lebih sikit supaya badan anda ada lebih tenaga, dan lebihkan juga pengambilan protein seperti daging, ayam, ikan, kekacang, dan lain-lain.

 

Tidur

Tidur juga adalah komponen yang penting dalam bina badan. Cuma, janganlah curi tulang untuk tidur semasa bekerja. Dapatkan rehat apabila mampu, dan pastikan tidur anda berkualiti setiap malam.

 

Urutan

Urutan juga seperti urutan sukan mampu melancarkan darah dan mempertingkatkan proses pemulihan otot. Urutan urutan ini mampu menenangkan anda sekaligus mengurangkan stress dan akan mendorong kepada rembesan hormon yang akan membantu anda untuk menjadi lebih sihat, kuat, dan cergas.

Komen Facebook