Sakit Senaman Menghalang Anda Untuk Bina Badan?

Ada atau tidak beberapa jenis senaman yang agak mengganggu sendi-sendi anda? Mungkin apabila anda ubah kepada jenis-jenis senaman baru, anda berasa sakit-sakit pada sendi bahu, pinggang, lutut, dan lain-lain? Biasanya, ini terjadi apabila anda ingin mencuba sesuatu yang berlainan.

 

Tidak pun, anda mengalami masalah yang menghalang anda untuk melakukan beberapa jenis senaman, seperti squat dan bench press. Ada yang tak boleh squat sebab sakit lutut, ada pula yang tak boleh bench press sebab bahu sakit sangat. Jadi, patutkah anda tinggalkan latihan untuk bahagian tersebut?

 

Ada sesetengah orang boleh bertahan dengan sakit tersebut. Peringatan, kita bercakap tentang sakit sendi, bukannya lenguh otot semasa senaman sebab bersenam memang melenguhkan. Patutkah anda juga menahan kesakitan dan teruskan rutin latihan tersebut?

 

Jawapannya…Tidak!

Kalau anda sakit sendi dalam beberapa jenis senaman, anda tidak perlu lakukan senaman tersebut. Biarlah orang nak kata apa sekali pun, ini berkenaan badan anda, bukannya mereka. Macam admin sendiri, admin susah untuk lakukan senaman biceps curl menggunakan barbell panjang sebab sakit di pergelangan tangan. Jadi, admin tak perlu ikut orang lain untuk buat senaman yang sama.

 

Walaupun begitu, anda tidak patut tinggalkan latihan pada bahagian tersebut. Sebabnya, ada banyak lagi variasi lain yang boleh dilakukan bagi menggantikan senaman yang menyakitkan itu. Mustahil tak ada senaman lain yang boleh melatih bahagian tersebut. Anda kena cari sahaja dan ubahsuai mengikut badan anda.

 

Beberapa perubahan yang boleh mengurangkan sakit-sakit dalam beberapa jenis senaman adalah seperti berikut:

  1. Mengubah kelebaran pegangan semasa bench press.
  2. Mengubah kelebaran bukaan kaki semasa squat dan leg press.
  3. Mengubah cara genggaman semasa pull up, barbell row, dan biceps curl.
  4. Menggunakan EZ Bar daripada menggunakan barbell biasa.
  5. Mengubah ketinggian dan kecondongan kerusi.

 

Macam-macam lagi pengubahsuaian yang anda boleh buat. Pendek kata, anda kena ubah senaman yang menyakitkan itu menjadi tidak sakit. Jangan sebab orang mencemuh, anda sanggup harungi sakit sendi ataupun anda berhenti daripada berlatih di gym terus.

Komen Facebook