Sakit Yang Amat Selepas Main Gym

Hari ini, Admin berpeluang untuk buat set 10×10 (10 rep sebanyak 10 set) bagi senaman squat. Dahulu, Admin dah amalkannya dan ia memang berkesan. Sekarang, Admin mulakan program ini kembali. Tetapi, kesan sakitnya, dahsyat! Mungkin sebab Admin dah lama berhenti dan start semula terus hentam kaw-kaw.

Ini kesilapan ramai di mana selepas mereka lama berhenti atau baru nak mula, mereka terus buat gila-gila. I i hanya menyebabkan sakit yang terlampau dan akan mengganggu proses latihan anda yang akan datang. Apa guna hentam habis-habisan untuk sehari dan berehat sampai seminggu dua sebab sakit? Sangat merugikan!

Peringatan untuk semua untuk sentiasa mula dengan senang-senang dan jangan terus buat yang susah. Walaupun anda dah lama berlatih dan mungkin nak ubah program, mulakan program baru dengan intensiti latihan rensah atau sederhana.

Tapi, apa nak buat kalau dah sakit sangat?

1- Makan Lebih Banyak

Pemakanan amat penting untuk proses pemulihan. Kalau anda tak cukup makan, mana badan nak dapatkan nutrisi yang cukup untuk recovery? Lebihkan protein untuk otot anda.

2- Banyakkan Tidur Lena

Tidur anda juga penting untuk pemulihan. Waktu tidur ialah masa berkerja bagi otot kita membaikpulih sel-sel yang rosak semasa senaman. Kalau anda tidur kurang dan tidak lena, anda tak berikan peluang kepada badan anda untuk baik.

3- Urut

Sakit yang berlaku adalah disebabkan pengumpulan darah dan lactic acid di dalam otot. Ia ibarat memenuhkan otot anda dan menyebabkan terasa kembang sangat (sampai rasa macam nak koyak). Yang rasa sakit-sakit itu berpunca daripada pengumpulan lactic acid. Mengurut dapat melancarkan darah dan mengurangkan pengumpulan asid ini.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook