Dengan perahan lemon di dalam segelas cawan pada setiap pagi mampu menghilangkan lemak badan dan berfungsi sebagai detoks untuk badan anda. Fakta ini selalu digunakan oleh generasi-generasi sebelum ini membuatkan ramai yang melakukannya secara membabi buta.
Tapi adakah sebarang kajian saintifik yang menyokong fakta ini? Di sini saya akan terangkan.
Adakah lemon benar-benar mendetoks badan anda?
Sebenarnya tiada sebarang bukti yang menyokong kenyataan ini sehingga kini. Sebaliknya kajian berkaitan detoks ini banyak dilakukan dalam eksperimen terhadap haiwan seperti tikus namun kesannya terhadap manusia tidak dapat dipastikan sama ada ia benar- benar memberi fungsi detoks pada badan anda.
Adakah benar lemon meningkatkan kadar pencernaan?
Jawapannya mungkin ia dan mungkin juga tidak. Lemon sememangnya akan meningkatkan asid pada hempedu anda tapi ia tidaklah sehingga dimaksudkan dengan meningkatkan pencernaan anda.
Dan kerana sifatnya yang berasid, lemon dianggap sebagai buah yang mengurangkan gastrik yang membantu perlambatan penyerapan karbo. Yang menjadi fakta adalah makanan berasid namun bukanlah perahan lemon ini membuktikan apa-apa.
Adakah lemon membantu membuang lemak?
Tidak sama sekali. Lemon seringkali dikaitkan dengan menu-menu bagi sesiapa yang ingin berdiet kerana kalorinya yang sedikit. Namun hakikatnya bukanlah lemon menjadi punca utama kekurangan berat anda namun kerana sedikitnya kalori yang anda ambil. Ini bermaksud jika anda mengambil jus buah lain juga memberikan kesan sama kerana kita maklum buah-buahan mempunyai kalori yang sedikit.
Ada juga beberapa individu yang menganggap meminum perahan lemon sebelum makan mampu membuatkan anda makan sedikit. Namun hakikatnya jika anda meminum air kosong sebelum makan juga membuatkan hasil yang sama.
Tetapi adakah bagus perahan lemon ini?
Apa-apa pun saya tidak katakan bahawa lemon ini tidak bagus kerana baiknya lebih banyak dari kekurangannya. Kelebihan meminum air ini mampu memberikan alternatif kepada anda yang malas minum air kosong. Kerana rasa lemon lebih sedap dan mempunyai vitamin C membuatkan badan anda sentiasa hidrat.
Namun pengambilan yang berlebihan tidak dicadangkan kerana lemon juga mempunyai asid yang boleh merosakkan gigi anda jika tidak dialkalikan dengan memberus gigi selepas anda minum.
Entri Oleh: Fakhrul Islam