Samakan Steroid Dengan Creatine?

Dalam group WhatsApp Admin, ada yang mengajukan soalan berkaitan creatine. Beliau bertanya samada creatine ini dikira sebagai steroid atau tidak. Kerana, daripada persoalan ini, munculnya rasa ragu-ragu dalam diri dia untuk gunakan creatine.

 

Maka, dengan itu, Admin terpaksa menjawab soalan tersebut bagi menghilangkan rasa keraguan itu. Creatine bukanlah steroid, malah terlalu jauh beza dengan steroid. Tak ada persamaan sedikit pun, samada dari segi isi kandungan mahupun fungsi.

 

Meskipun dua-dua adalah benda sintetik (yang dibuat dalam makmal), steroid adalah berkaitan hormon manakala creatine hanyalah sejenis protein yang mempunyai fungsi untuk bantu penjanaan tenaga dalam badan. Creatine juga boleh didapati dalam daging, tetapi dalam kuantiti yang kecil.

 

Jika anda nak gunakan creatine, gunakan 5g setiap hari tanpa perlu risau tentang kitaran ataupun “cycle”. Creatine akan membantu untuk memberikan anda tenaga, mengangkat bebanan lebih berat, dan membantu dalam proses pemulihan otot.

 

Mana nak dapat creatine? Admin ada membekalkan creatine jenama Superior14 yang sangat bermutu tinggi. Kalau nakkan produk ini, jangan lupa untuk PM Admin!

 

Mahukan lebih banyak tips dan panduan bina badan? Semua ada di laman Dee Gym Supplement!

Komen Facebook