Apa ni, Admin sebut habis nama makanan dekat tajuk? Ada nak main masak-masak ke macam mana ni? Bukan, Admin dapat soalan menari semalam daripada membaca. Beliau tanya, samada boleh atau tak makan sambal, belacan, tempoyak, budu, petai, dan sebagainya semasa bulking dan cutting.

Sebenarnya, ia bukan soal makan apa semasa bulking dan cutting. Tak ada penyekatan makanan sekali pun untuk naik dan turunkan berat badan. Hatta, sifu Admin dulu waktu cutting makan 4 ketul ayam goreng KFC dengan aiskrim sundae dan itu bukan hari cheat day dia! Nota juga, dia natural tanpa cucuk-cucuk, kering habis badan memang padu.

Jadi, macam mana dia buat? Mudah sahaja, dengan mengamalkan diet berkonsepkan calories in vs. calories out. Maksudnya, anda kena main kira-kira kalori. Selagi mana anda makan ikut kalori, anda akan turun/naik berat mengikut matlamat anda tidak kira makan apa sekali pun!

Image result for budu

Sebagai contoh, rata-rata bulking 2000kcal ke atas, dan kalau dia jenis susah nak jaga makan, dia hanya perlu jaga kuantiti sahaja dan bukan jenis makanan. Maksudnya, kalau dia nak makan pizza sahaja sepanjang bulking atau cutting pun boleh, selagi mana ia menepati kuantiti kalori.

Ingat, makanan-makanan begini tinggi lemak, maksudnya tinggi kalori. 1g lemak bersamaan 9kcal, berbza dengan 1g karbohidrat dan 1g protein yang hanya mempunyai 4kcal sahaja.

Jadi, bagi menjawab soalan boleh atau tidak makan sambal, belacan, tempoyak, budu, petai, dan sebagainya, memang boleh makan. Cuma kira sahaja berapa kalori yang anda makan dan pastikan ia menepati sasaran DCR anda.

Entri: Aiman Radzi (@TheTherabeast)